Batam Seks in The City
Penulis: Markus Gunawan
Penerbit: Yayasan Titik Cahaya Elka
Kata penghantar: Hasan Asphahani
(Seks dan Ajakan Berefleksi), dilengkapi
dengan bahagian awal cerita oleh A Kohar Ibrahim (Prostitusi Kenapa Terjadi?) dan puisi pendek oleh Lisya Anggraini. Di dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit Yayasan Titik Cahaya Elka, Batam 2007 ini, Markus Gunawan memfokuskan persoalan berbentuk klasik, namun bersifat "actual" (Benar) dan "fact" (Fakta). Buku ini yang mempunyai elemen yang boleh menbangkitkan rasa ghairah ini, dilihat mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di Batam, Kepulauan Riau. Ini adalah benar sama sekali, kerana masalah yang dicaritakan dalam buku ini adalah berkaitan dengan seks. Bermula dengan "
kisah Tatkala Apek-apek jadi Raja Semalam", dari "Perselingkuhan menuju penceraian", dari "yang Putih Abu-abu", "suasana yang asing yang tak jadi asing" kepada "Panggung sandiwara Isteri Simpanan" dan "Kisah Wanita yang termaginalkan". Ini tidak lagi termasuk "Kisah Dormitory" dan komedi "tragedi Batu Ampar" dan "ketika sugi jadi Susan". Pada bahagian terakhir pula, Markus menceritakan kisah "Ketika Gelap menjadi terang". Walaupun cara penceritaannya dilihat "pedas" dan ringkas, fenomena kehidupan seks di Batam dilihat menyerupai hasil karya penulisan Lisya Anggraini, "Paradoks Prilaku Manusia" di Batam.