MEMORI maya (Virtual Memory) mengakibatkan setiap aplikasi yang dilancarkan mengandaikan ia sudah mencapai
MEMORI sebenar,
sedangkan pada hakikatnya
memori itu terdiri dari Memori Capaian Rawak (RAM -Random Access Memory) dan Disk (Paging atau Swapping). Aplikasi yang aktif akan menggunakan RAM dan kadang-kadang PC kita akan beroperasi menggunakan RAM. Di sinilah Paging dan Swapping memainkan peranan. Dengan adanya Paging dan Swapping itu, memori maya yang tidak digunakan akan disimpan ke dalam sebahagian cakera keras (Hard disk) atau ke dalam satu fail dalam cakera untuk mendapatkan semula ruang kosong dalam memori maya yang aktif. Disebabkan capaian cakera itu
lebih perlahan berbanding RAM, prestasi PC anda menurun apabila terlalu banyak beban aplikasi diambil. Oleh kerana itulah saiz RAM yang lebih besar diperlukan untuk memastikan PC beroperasi lebih laju walaupun beban tinggi ketika tiada Paging dan Swapping digunakan. Jika PC anda memiliki kapasiti RAM yang rendah, anda boleh menambah Pagefile. Perlu diingat tambahan itu tidak menjadikan PC beroperasi lebih laju, tapi cuma menambah keupayaan Swapping memori maya yang tidak aktif.