Shvoong Home > Internet & Technology > www.shvoong.com Summary

.

www.shvoong.com Website Review

Summary rating: 5 stars 1 Ratings
Review by : zool
Visits : 164  words: 600   Published: June 24, 2007
Kebaikan Mendirikan Perniagaan Di Internet
 
$ Modal permulaan perniagaan yang agak rendah ! Syarikat tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk membuat perniagaan di peringkat antarabangsa .
$ Internet tidak mempunyai sempadan untuk berniaga barangan atau perkhidmatan . Anda di Malaysia mampu menjual kain batik contohnya di Zimbabwe !
$ Kos pemasaran yang rendah serta percuma yang merangkumi pasaran yang luas
$ Mudah untuk dijalankan secara automatik . Anda boleh membina perniagaan di Internet      dan automasikan sebahagian besar dari aktiviti perniagaan tersebut . Dengan ini , anda  dapat membebaskan masa anda daripada melakukan perkara rutin kepada perkara yang menguntungkan !
$ Kos pekerja dan operasi yang amat rendah ! Dengan menggunakan program internet   dan perisian komputer , anda dapat mengurangkan jumlah pekerja ( atau mungkin tidak ada pekerja langsung ! )
$ Pelanggan serata dunia . Tidak kira di mana anda dan pelanggan anda berada , internet membolehkan proses jual beli dijalankan . Pengguna Internet di dunia pada Mac 2005 adalah 888 juta orang !
$ Mudah dan murah untuk mencuba pasaran anda dan mengurangkan kadar risiko perniagaan baru
$ Pantas mendapatkan pulangan .Ingat! Ini bukan skim cepat kaya ! Anda boleh menjual produk pada hari ini dan mengaut untung dalam beberapa jam sahaja dengan kaedah promosi berkesan .
$ Mudah dan pantas mendapatkan maklumbalas pengguna dan membuat kajian pasaran .
 
 
Secara amnya , anda tidak akan dapat media yang memberi peluang pemasaran dengan hanya modal yang kecil tetapi liputan ( coverage ) yang besar . Jikalau anda punya hobi atau kepakaran , ianya boleh ditukar kepada perniagaan ….Lakukannya sekarang !!
 
 
 
 
 
 
4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet
 
Anda boleh memulakan perniagaan Internet dengan mengikuti 4 langkah asas .
 
Langkah pertama ialah mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan . Apa jua produk atau perkhidmatan pastinya mendapat permintaan di Internet .
 
Langkah kedua ialah menyediakan laman web untuk perniagaan anda . Anda sebenarnya tidak perlu ijazah IT ataupun komputer canggih untuk menyediakan laman web .
 
Langkah ketiga ialah menyediakan sistem pembayaran Internet yang membolehkan pelanggan anda membuat pembayaran kepada anda . Sistem pembayaran yang selamat dan berkesan akan memastikan aliran pembayaran yang sistematik daripada pelanggan kepada anda .
 
 
Langkah terakhir ialah mempromosikan produk atau perkhidmatan anda . Langkah ini adalah terpenting dalam memastikan kejayaan perniagaan anda . Untuk makluman , 94% perniagaan baru di Internet gagal kerana tidak mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka .
 
Jadi , saya ciptakan formula untuk menjalankan perniagaan online ..
 
P + L + B + PPP
 
P:Produk
L:Laman Web
B:Bayaran
PPP:Promosi , promosi , promosi

More reviews about the www.shvoong.com
www.shvoong.com        2007 
Please Rate this abstract : 1 2 3 4 5


Add your comment No comments

Comments & Reviews about www.shvoong.com Website Review

More summaries by zool

More

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------