• Sign up
  • ‎What is Shvoong?‎
  • Sign In
    Sign In
    Remember my username Forgot your password?

Summaries and Short Reviews

.

Shvoong Home>Law & Politics>Minyak Petrolium Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet Summary

.

Minyak Petrolium Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet

Article Abstract by: lalangserai    

Original Author: none
Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah
maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan”, kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9 sebentar tadi.
Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri UMNO/BN ini memang semuanya bangap dan lembab belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara bodoh sepanjang masa di hadapan rakyat.
Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:
Dr. Agus: Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?
Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..
Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..
Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….
Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?
Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..
Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri tahap minda seorang yang bergelar Timbalan Menteri di dalam UMNO/BN. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja. Tak tahulah kalau ada minyak petrolium yang disedut belakang rumah Zahid yang berupaya berbuat demikian.
Lagi pun kalau benar kualiti minyak Malaysia memang tinggi atau tinggi kandungan untuk minyak jet, sudah tentu kita berjaya mengekspot dan seterusnya memperolehi untung yang lebih tinggi sebab harga minyak dunia telah meningkat dengan mendadak, sedangkan untuk kegunaan tempatan kita mengimpot minyak yang bermutu rendah. Jadi hujah kepala otak apa pula yang berkata bahawa apabila fenomena ini berlaku kita terpaksa naikkan harga minyak sedangkan kita telah untung besar dengan hasil penjualan minyak bermutu tinggi!
Published: February 16, 2008
Please Rate this Review : 1 2 3 4 5

Comments & Reviews about Minyak Petrolium Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet

Showing 1 out of 1   Add your comment
  1. 0 Ratings Wednesday, March 12, 2008
    1

    Rakyat

    mINYAK

    cEPATLAH SIKIT TURUNKAN HARGA MINYAK TU. dEN TAK SABAR NI

Bookmark & share this post

.