Search
×

Sign up

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Sign In!
×

Sign In

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Sign up!
×

Sign up

Use your Facebook account for quick registration

OR

Sign In

Sign in using your Facebook account

Shvoong Home>Law & Politics>MB Terengganu Yang Tidak Cerdik! Summary

MB Terengganu Yang Tidak Cerdik!

Article Summary   by:lalangserai     Original Author: NONE
ª
 
"Jumaat lepas, sementara menunggu mesyuarat, sempatlah aku membelek-belek senaskah akhbar Kosmo! Kebetulan masa tu akhbar tu je yang tidak dipegang oleh sesiapa. Sedang asyik membaca, aku terima satu sms "cepat tengok muka surat 31 harian Metro, berita ICP!" lebih kurang la sms seorang kawan. Masa tu la aku baru sedar akhbar yang aku baca tu adalah akhbar Kosmo!. Itupun setelah aku mencari-cari di halaman 31 tetapi tidak berjumpa berita ICP.

Tiba-tiba (macam ayat karangan masa sekolah rendah je. Mulakan karangan anda dengan tiba-tiba... hehehhe) aku terpandang satu berita tentang Terengganu. Berita pasal Mydin Mall yang baru dibuka semalamnya (Khamis 18 Jan). Aku yang tinggal di sekitar KT inipun tidak mengetahui Mydin Mall itu telah dibuka. Sudah beberapa kali aku melaluinya, namun aku lihat masih dalam kerja-kerja persiapan.

Di hujung artikel berita itu wartawan bertanya kepada Dato'''' Seri Idris Jusoh adakah dengan berdirinya Mydin Mall ini akan menjejaskan peniaga runcit yang lain. Terkejut aku bila membaca jawapan yang pada aku amatlah tidak cerdik kerana mengatakan Mydin Mall tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada peniaga runcit lain. Alasan mudah lagi tidak cerdik adalah kerana peniaga-peniaga ini sudah mempunyai pelanggan tetap masing-masing!

Di atas adalah peristiwa pada hari Jumaat. Esok, Sabtunya aku ke sebuah fresh & frozen market di Kuala Terengganu. Sedang aku memilih ayam untuk dimasak kicap, aku terperasan yang hanya aku seorang sahaja pelanggan di dalam kedai itu! Pekerja yang ada pun aku lihat tidak bersemangat. Terpaksa berkali-kali aku memanggil pekerja yang ada untuk menimbang ayam yang telah selesai dipilih. Bila bergerak ke kaunter, lagi la aku perasan betapa sunyinya kedai itu.

Hari ini aku sekali lagi ke fresh & frozen market itu membeli sayur dan sedikit ayam. Hajat di hati mahu memasak tom yam. Hari ini ada la beberapa pelanggan lain yang bersama dengan aku. Tapi jumlahnya amatlah sedikit. Agaknya aku dan beberapa kerat inilah pelanggan tetap yang dikatakan Idris Jusoh.

Aku tidak terkilan dan tidak akan mengatakan Idris Jusoh tidak cerdik jika mengatakan akan berlaku sedikit persaingan atau para peniaga runcit perlulah menerima persaingan ini sebagai persaingan yang sihat dan apa sahaja jawapan yang agak rasional dan waras. Tetapi dengan jawapan yang begitu bersahaja aku rasa memang Idris Jusoh seorang MB yang tidak cerdik!

Aku pernah melihat sebuah pasaraya kecil bersaing dengan Pasaraya Giant di Gombak. Aku melihat kepada persaingan yang agak sihat bila pasaraya yang kecil itu menarik pelanggan dengan bermacam-macam promosi. Harga murah, risalah semasa dan pelbagai lagi yang aku kira, aku boleh dan menyukai apa yang dipromosikan itu.

Seorang kawan berkata, dia akan terus membeli di Sabasun Hypermarket. Ini kerana Sabasun ini adalah milik penuh Bumiputera Melayu Terengganu yang diusahakan oleh adik-beradik. Yang lebih menarik, Sabasun juga memboikot beberapa barangan yang jelas menyokong Amerika seperti F&N, Coca-cola dan beberapa produk lain yang aku kira jarang dilakukan oleh kebanyakan peniaga market.

Bila terbaca kenyataan Idris Jusoh itu, terfikir juga dari mana datangnya berduyun-duyun orang ke Mydin Mall jika mereka ini bukan dari sekitar Bandar Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu. Adakah mereka inilah orang-orang yang telah dibawa masuk oleh Idris Jusoh pada Mac 2004 yang lalu? Bukan nak menuduh, tetapi nak menyokong kenyataan MB yang pada aku semakin tidak cerdik ini. Wallahua''''lam

Published: February 18, 2008   
Please Rate this Summary : 1 2 3 4 5
Translate Send Link Print
  1. 1. hamba allah

    mb trengganu tidak cerdik

    Jangan mengata.Mb org yang dikata jauh lebih cerdik dari org yg mengata

    0 Rating Monday, March 17, 2008
X

.