• Sign up
  • ‎What is Shvoong?‎
  • Sign In
    Sign In
    Remember my username Forgot your password?

Summaries and Short Reviews

.

Shvoong Home>Medicine & Health>BEBASKAN DIRI ANDA DARIPADA ROKOK Summary

.

BEBASKAN DIRI ANDA DARIPADA ROKOK

Article Abstract by: iqraq     

Original Author: iqraq
This abstract was translated from FREE YOURSELF FROM CIGARETTES!
BEBASKAN DIRI ANDA DARIPADA ROKOK   Telah didapati oleh Jabatan Kesihatan bahawa asap rokok mengandungi bahan
kimia yang bahaya seperti acetone (pengikis cat), ammonia (pembersih barangan rumah), hydrogen cyanide (digunakan dalam silinder gas), methanol (gas), arsenic (racun anai-anai), cadmium (terdapat dalam bateri kereta), carbon monoxide (buangan asap kereta), nicotine (digunakan untuk membuat PVC), naphthalene (ubat gegat), DDT (racun serangga), naphtylamine, polonium-201, toluidine, urethane, toluene, diberzakridine, phenol and tar. 
Merokok  dengan menyedut secara terus atau secara pasif adalah merosakkan kepada sistem kekebalan dan paru-paru.  Ia akan membawa kesan kepada sistem kekebalan dengan peningkatan pengeluaran radikal bebas akibat daripada kuman dan virus dan ini akan menjejaskan fungsi tubuh yang sihat.  
Perokok akan menghadapi risiko penyakit yang serius seperti kanser paru-paru, mulut, tekak, perut, pankreas, pundi kencing  dan rektum and juga leukemia, sakit jantung, strok dan reumatik arthritis.  Faktor-faktor lain seperti hidup resah, kurang nutrien, lemak yang tinggi, garam dan alkohol juga menyumbangkan kepada kerosakkan ini.  
Dengan mengambil antioksidan yang tinggi, anda boleh meningkatkan kekebalan anda dan melindungi system penafasan anda daripada jangkitan kuman.   Vitamin C, E dan ‘beta carotene’ digunakan sebagai antioksidan untuk memusnahkan radikal bebas yang didapati kerana merokok.  Oleh kerana perokok menggunakan Vitamin C lebih pantas untuk melawan radikal bebas dan juga melindungi daripada pembentukan agen kanser, mereka perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah anggur, buah-buahan jenis limau, tomato dan brokoli kerana terdapat bahan yang boleh meneutralkan radikal bebas.  Terdapat banyak ‘beta carotene’ pada buah-buahan dan sayur-sayuran.  Vitamin E pula boleh didapati pada bijirin gandum, avokado, minyak sayur, kacang dan bijirin.  
Sekiranya anda terasa hendak merokok, ambil segelas jus oren atau jus buah-buahan dan sayur-sayuran.  Kunyah gam tanpa gula dan penuhkan bekas dengan buah-buahan untuk mengelakkan daripada makan snek.  
Jangan ganti ketagihan merokok dengan ketagihan yang lain. Gula-gula, minuman ringan dan snek selalu digantikan dengan rokok.  Pertambahan berat badan seseorang bekas perokok adalah disebabkan mereka tidak berhenti-henti makan untuk mengelakkan daripada merokok. 
Elakkan makanan yang berlemak tinggi seperti gula yang berlebihan dan snek berlemak tinggi.  Anda digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.   Alihkan perhatian anda daripada keadaan yang mengalakkan anda untuk merokok.  Lakukan sesuatu seperti bermeditasi, bersenam, berkebun, aktiviti perkembangan fikiran dan lain-lain.  Sekiranya ada perokok disekeliling anda, jauhkan diri anda daripada mereka.  
Untuk melindungi kesihatan anda, sebaik-baiknya adalah berhenti merokok samasekali.  Ini adalah kerana tidak ada jaminan yang makanan yang sihat dan seimbang boleh membantu semua orang.
Published: March 28, 2008
Please Rate this Review : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.